Kelpelbagaian produk dan makanan serta perkhidmatan yang dibawa oleh HALFEST 2013 itu sendiri berlainan daripada penganjuran tahun sebelum ini, mampu untuk memikat hati kepelbagaian kaum untuk datang kesini semalam.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato Mohd Shafie Bin Abdal berkata penganjuran kali ini terdapat kepelbagaian keunikan,bermula daripada di awal perjalanan, tambang sehala daripada KTM KL Sentral ke KTM Serdang hanya bernila RM2 sahaja,malahan turut disediakan juga perkhidmatan "Shuttle Halfest" iaitu perkhidmatan pengakutan percuma daripada KTM Serdang ke MIECC dan MIECC ke KTM Serdang setiap 20 minit.
Selain itu,HALFEST 2013 menunjukkan kelainan apabila perkhidmatan kemudahan "PORTEL SERVICE" diwujudkan buat julung kalinya iaitu perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan pengunjung membeli belah dengan banyak di HALFEST tanpa perlu membawa belian yang berat.Beberapa "pick-up point" disediakan di pelosok dewan pameran bagi memudahkan penghantaran terus berhampiran kenderaan anda.
Namun begitu,HALFEST 2013 telah mensajikan kepelbagaian acara yang menarik utama khas untuk pengunjung HALFAST ini, dengan kehadiran artis-artis terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Heliza Helmi,Izzue Islam serta Marsha Milan Londoh mampu mengahangatkan lagi suasana di HALFEST sepanjang 5 hari penganjuran ini.
bermacam-macam slot-slot pertandinagn yang dianjurkan oleh pengajuran HALFEST 2013 yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak pengunjung seperti pertandingan dapur cilik HALFEST dan pertandingan memasak Ratu Resepi serta demonstrasi masakan oleh chef selebriti terkenal Chef Wan dan Chef Jaafar Onn.
walaupon makanan dan produk halal senonim dengan masyarakat melayu namun kehadiran kaum cina dan india turut memeriahkan lagi suasana dengan kehadiran mereka ini menunjukkan keberkesanan dan keyakinan persepsi mereka makanan halal makanan harian mereka.
dengan bertemakan PEMANGKIN PEMBANGUNAN HALAL INDUSTRI KECIL DAN SEDARHANA mampu membuatkan keberkesanan penganjuran ini dan mampu untuk memartabatkan makanan dan produk halal...insyaallah..


Tiada ulasan:
Catat Ulasan