Selasa, 28 April 2015

POTA BUKAN BAYANGAN ISA


Sejak kemunculan Kumpulan Islamic State (IS) menggamit tumpuan mata dunia dengan penglibatan remaja dari pelusuk negara.terrorisme menjadi kancah utama dalam menyusun atur semula undang-undang bagi memperkasakan keselamtan negara.



24 Septmember 2014 satu resolusi 2178 terbentuk, Majlis keselematan Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu telah berganding bahu dalam menggariskan keperluan bagi setiap negara Anggota untuk mengemukakan langkah-langkah dalam mencegah keganasan di dalam setiap anggota.
Malaysia yang merupakan salah satu anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga komited dalam memperkenalkan Akta Pencegahan Kegasan (pota) untuk membasmi kegasan yang berada di dalam negara yang boleh mengugat keamana di Malaysia  ini
Pota atau di kenali Akta Pencegahan Keganasan telah dibentangkan pada 26 november 2014 oleh Perdana Menteri Malaysia di Parlimen sebagai mencegah kegiatan aktiviti keganasan di dalam dan luar negara
POTA digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan manakala ISA juga diluluskan di bawah Perkara yang sama. Apabila satu akta yang dibuat di gubal dibawah Perkara 149 boleh mengandungi peruntukan yang menyalahi hak asasi rakyat seperti yang disebutkan dalam Perkara 5, 9, 10 atau 13.
POTA juga mengandungi lima bahagian dan 35 seksyen. Bahagian pertama (seksyen 1 dan 2) mengandungi tajuk Akta dan tafsiran, Bahagian kedua (seksyen 3 – 7) menjelaskan kuasa tangkapan dan tahanan, Bahagian ketiga (seksyen 8 – 12) menceritakan tentang Lembaga, pelantikan Pegawai Penyiasat serta tugasnya, Bahagian keempat (seksyen 13 – 28) memperincikan perintah tahanan dan sekatan, dan Bahagian kelima (seksyen 29 – 35) mengandungi peruntukan umum, seperti kuasa polis untuk menyiasat, tangkap, mengambil foto dan cap jari, penzahiran maklumat dan sebagainya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menegaskan undang-undang baharu ini akan hanya digunakan terhadap mereka yang disyaki melakukan keganasan, berasaskan maklumat yang diperoleh mengenai mereka dari sumber sahih.
 Tindakan akan hanya diambil terhadap mereka yang disyaki menerima latihan ketenteraan dan ideologi keganasan. Akta ini akan digunakan bagi menghalang sesiapa yang mahu pergi ke kawasan konflik yang kini dikuasai pengganas IS.
Akta ini juga bertujuan memelihara dan melindungi negara ini dari menjadi negara sumber atau negara transit bagi mereka yang mahu menganggotai kumpulan pengganas di wilayah yang dikenalpasti di luar negara.
Di bawah POTA, seorang yang ditangkap mesti dibawa ke Majistret dalam tempoh 24 jam. Tiada peruntukan sedemikian itu dalam ISA.
Tangkapan yang dibuat oleh pegawai polis itu mesti dirujuk kepada Pendakwa Raya tidak lewat dari 7 hari bagi maksud mendapatkan arahan selanjutnya. Juga tidak ada peruntukan yang serupa dalam ISA.
 Di bawah ISA, seorang itu boleh ditahan sehingga 60 hari, tetapi tempoh tahanan ini boleh dilanjutkan oleh Menteri Dalam Negeri. Di bawah POTA, tempoh tahanannya serupa iaitu 60 hari, tetapi tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menteri Dalam Negeri tidak ada kuasa di bawah POTA. Di bawah seksyen 6(2) POTA, suspek boleh dipaksa memakai peranti elektronik bagi maksud mengesan pergerakannya selama mana dia masih diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa.
Perlu diingatkan bahawa sudah termaktub di dalam seksyen 4(3) akta Pota bahawa tidak seorang pon boleh ditangkap atau ditahan di bawah seksyen ini disebabkan hanya oleh kepercayaan atau aktivi politiknya. Ini bermaksud akta Pota yang digubal ini adalah amt berbeza berbanding Isa ini kerana Pota tidak menahan seseorang kesalan disebabkan oleh parti politik.

Secara konklusinya, kewujudan akta Pota yang digubal oleh pihak kerajaan sangat baik bagi memastikan keamanan negara masih dikekalkan, dan sebenarnya ahli politik perlu faham bahawa akta ini bukanlah diguna pakai ahli politik,dalam erti kata yang lain pota ini harus disampaikan kepada masyarakat untuk memberitahu bahawa negara kita sudah mempunyai undang-undang ini,nah inilah baru menunjukkan bahawa keamanan mereka terjamin daripada keganasan yang boleh mengancam nyawa mereka, dengan adanya undang-undang ini barulah masyarakat gerun untuk membuat onak yang boleh menyebabkan keamanan negara bergoyah. Ingatlah POTA bukan mainan politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan