Jumaat, 12 Jun 2015

PADAH BEREBUT LELAKI



SHAH ALAM – Seorang wanita koma akibat terhentak pada sebatang pokok setelah bergaduh dengan seorang wanita lain kerana berebut teman lelaki dekat sini, semalam.



Mangsa, Hamidah Shukor, 22 mengalami pendarahan teruk di kepala kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dirawat.

Hasil rawatan tersebut mendapati terdapat ketulan darah beku di kepala mangsa.

Asistan Supritendan (ASP) Karim Abdul Halim mengesahkan kejadian itu setelah menerima laporan daripada teman lelaki mangsa yang juga berada di tempat kejadian.

Karim juga berkata, pihak polis telah mengambil keterangan daripada teman lelaki mangsa dan menahan suspek untuk disoal siasat mengenai kejadian itu.

Teman lelaki mangsa, Hashim Mohd Bakri melaporkan bahawa suspek yang ternampak mereka sedang berbual terus bertindak agresif dan menyerang mangsa sebelum menolak mangsa ke arah pokok.

Pihak polis akan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Saksi kejadian, Joyah Zubir berkata bahawa dia ternampak kekecohan berlaku sebelum suspek menolak mangsa dengan kuat sehingga mangsa terjatuh.

Dalam pada itu, Karim mengingatkan orang ramai supaya melaporkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku di sekitar Shah Alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan