Kes penangkapan seorang “hafizah”
kelahiran Institusi Tahfiz Shah Alam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Sepang pada petang Selasa baru-baru ini telah menggemparkan
negara Malaysia apabila gadis itu disyaki cuba untuk menyertai kumpulan militan
IS di Syria, tidak cukup dengan kes penangkapan seorang hafizah,kini gerakan militan Isis terus
berusaha memperdayakan golongan terpelajar,kali ini berbeza pula,seorang
“Doktor” telah dipercayai mengikut gerakan militan ini apabila doktor tersebut
memuat naik status di laman sosialnya Facebook berjudul 'Diary of a Muhajirah'
dan cuba mempengaruhi wanita tempatan menyertai militan IS. Namun persoalanya
apakah itu ISIS itu ? sejauh manakah taktik yang digunakkan ISIS untuk
memperdayakan masyarakat ? dan siapakah golongan yang menjadi sasaran ISIS
untuk menyertai gerakan miltan tersebut.
ISIS merupakan kelompok gerilawan
negara islam Iraq dan Syria atau yang juga dikenali sebagai ISIS, kebelakangan ini gerakan militan ini
makin menggerunkan umat Islam di seluruh dunia, apabila hebat diperkatakan
sekarang kerana ada ura-ura mengatakan bahawa gerakan militan ini cuba untuk menghancurkan
Kaabah, ISIS
yang merupakan negara baru yang telah dideklarasikan oleh Abu Bakar al-Baghdady
pada tanggal 9 April 2013, tertubunya kumpulan ini akibat perang saudara di
Iraq dan Syria. Tentu saja proklamasi kemerdekaan ini masih bersifat sepihak,
dimana pemerintah Syria dan pemerintah Iraq tidak merestuinya. begitu juga
dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga tidak mengishtiharkan
kedua-dua negara itu sebagai negara yang berdaulat.
Melihat kepada mangsa-mangsa yang
telah diperdayakan oleh gerakan militan ISIS menunjukkan bahawa semua mangsa
yang terlibat adalah golongan cerdik pandai atau terpelajar antara yang
terpengaruh dengan gerakan ini adalah Pengurus Jualan & Pemasaran,Pengurus
Jurutera Perisian, Eksekultif Perniagaan,Jurutera Pembangunan, dan Kakitangan
Kerajaan,ini menunjukkan gerakan militan ini mensasarkan golongan terpelajar
dalam menyertai gerakan miltan itu.
Walaupun terdapat pelbagai usaha
yang dilakukan oleh pihak polis bagi mengurangkan peningkatan golongan
intelektual dalam penglibatan gerakan militan ini,antaranya ialah memperkuatkuasakan
akta Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan
disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012 (Akta 747) dan Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas
(SOSMA) 2012,namun masih lagi berbaki segelintir golongan intelektual ini
terpengaruh dengan gerakan militant ISIS
ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan