PANDANGAN ATAU HASUTAN?
“Dalam tunjuk akur kepada kehendak
telunjuk tuan-tuan politik , hakim-hakim menjadi rakan jenayah pembunuhan
kebebasan dan intergriti badan kehakiman. Mereka menjual diri mereka kepada
syaitan, memperdagangkan nurani merela demi kepulangan kebendaan, kedudukan dan jaminan jawatan”Apabila terpandang sahaja artikel
yang ditulis oleh membuat aku terpanggil untuk,saya membuat rumusan mengenai
artikel ini, perkataan yang saya highlight itu adalah antara ungkapan yang
pernah dipetuturkan oleh Nurul Izzah Anwar ketika di dewan Parlimen baru-baru
ini, namun pelbagai tomahan serta tentangan daripada pelbagai pihak antara
pihak kerajaan serta media, bagi pendapat saya berkemungkinan Nuruk Izzah
beremosi ketika ungkapan itu keluar di bibirnya, ini berkemungkinan besar
disebabkan hukuman yang dijatukan kepada ayahnya, apabila rayuan ayahnya, Dato
Sri Anwar Ibrahim tidak didengari oleh 5 orang hakim Mahkamah Perseketuan atas kesalahan meliwat pembantunya Saiful
Bukhari
.” Mereka menjual diri
mereka kepada syaitan, memperdagangkan nurani merela demi kepulangan kebendaan,
kedudukan dan jaminan jawatan” ungkapan ini
menunjukkan bahawa Nurul Izzah mendakwa bahawa hakim yang mengadili ayahnya
disogokkan dengan kebendaan, Sememangnya memang kita tidak dapat menafikan
bahawa negara Malaysia tecatat sebagai antara negara tertinggi yang mengamalkan
rasuah dalam setiap urusan, namun sepatutnya Ahli Parlimen Lembah Pantai ini perlu
membawa bukti ke dewan Parlimen untuk menunjukkan bahawa sistem Kehakiman
dicemari dengan rasuah, andaikata Nurul Izzah gagal untuk datang bersama dengan
bukti, maka sebarang tuduhan itu adalah
akan menjadi SPEKULASI semata-mata, dan sebenarnya Nurul Izzah perlu faham
bahawa hakim setiap Mahkamah akan menjatuhkan hukuman atau membuat keputusan
bedasarkn bukti atau siasatan yang dibuat, hakim bukanlah berat disisi sebelah
mana-mana,baik kerajaan atau pembankang. Perkara 63 (2) telah memperihal ahli-ahli
Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan sesuatu perkara
tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan, dan seharusnya Nurul Izzah perlu
tahu tentang bahawa Perkara 63 (4) Perlembagaan Persekutuan menyebut imuniti
kepada Ahli Parlimen yang diberikan menerusi Perkara 63 (2) ada batasannya.
Batasan ini bukan hanya tertakluk kepada kedudukan raja-raja Melayu, hak istimewa
Melayu, bahasa kebangsaan serta juga hak kewarganegaraan.
Tindakan yang dilakukan oleh hakim Zulkifli Noordin adalah tindakan yang
betul ini kerana hakim Zulkifli ia hanyalah untuk membersihkan tanggapan
masyarakat terhadap hakim yang diperkatakan oleh Nurul Izzah itu. Di akhir
tinta,sebagai komentarnya tak salah sebenarnya seorang ahli parlimen hendak
mengkritik, tapi ia perlulah kena pada tempat dan caranya yang betul, seperti
contoh apabila Nurul Izzah melabelkan hakim
sebagai syaitan, orang yang tidak berguna dan sebagainya, sebenarnya perkataan-perkataan
yang digunakan itu langsung tidak menunjukkan kredebiliti beliau sebagai menteri.
Jadi sepatutnya sebagai pemimpin yang baik, Nurul Izahh tidak perlu mengeluarkan
kata-kata yang kesat. Cuba lihat balik ketika zaman Malaysia kegemilangan
sewaktu Tun Dr Mahathir memerintah, tun tidak pernah menggunakan Bahasa yang
kesat ketika hendak perbetulkan kesilapan orang lain, walhal Tun menggunakan
bahasa yang sopan untuk menegur agar pemimpin lain tidak merendah diri dengan
setiap teguran yang diterima.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan