SHAH ALAM - Pihak Polis sedang memburu anak tunggal Setiausaha MIC, Ravi Ananda Arrupillay,25 kerana dipercayai membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia di sini, semalam.
SHAH ALAM –Pihak Polis sedang memburu anak tunggal Setiausaha MIC, Ravi Ananda Arrupillay,25 kerana dipercayai membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia di sini, semalam.
Mangsa dikenalpasti Yanty Octavia Darsono 19 ditemui mati didalam sebuah kereta mewah jenis BMW dalam keadaan pintu kereta terbuka berserta musik masih dimainkan.
Ketua Balai Polis Seksyen 11,ASP Syed Jamal Syed Agil Baraqba Jamaluilai, berkata mayat mangsa di ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dibadanya dan dijumpai disekitar kawasan pembinaan Seksyen 15 .
Tambahan beliau, hasil siasatan awal ditemui mangsa ditembak dengan menggunakan pistol jenis automatik sebanyak dua das di jantungnya namun pihak polis masih gagal menemui senjata tersebut.
“Kelihatan di badan mangsa mempunyai kesan lebam di lengan namun tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa dilaporkan setakat ini.”
“Polis juga percaya bahawa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suspek namun ia masih dalam siasatan awal, kami masih lagi menyiasat kes ini” ," ujarnya ketika ditemui
Suspek yang merupakan anak tunggal kepada Ahli Parlimen Pandamaran Dato Sammugam Arrupillay dipercayai tiada rekod jenayah ditemui namun terdapat kesalahan berkerjasama dengan kumpulan kongsi gelap.
Syed Agil menambah, ketika pihak polis menghubungi Setiusaha MIC itu, Dato Shammugan dan Isterinya masih berada di India atas urusan perniagaan.
Saksi di tempat kejadian, Rudi haryanto berkerja sebagai buruh binaan,32 berkata seawal 6.30 pagi dia terkejut melihat kereta mewah disekitar kawasan pekerjaanya, ini kerana belum pernah melihat kereta mewah sedemikian berada di kawasan itu.
Tambahnya, lagi mencurigakan apabila kereta mewah sedimikian rupa berada dalam keadaan pintunya terbuka bersama muzik yang masih dimainkan dan kelihatan didalamnya mayat seorang perempuan terbaring.
Mayat mangsa akan dihantar pulang ke Jawa tengah dengan menggunakan pesawat khas dan akan disemadikan di tanah perkuburan islam di sana.
TAMAT
P/S berita ini hanyalah rekaan semata-mata untuk menyiapkan tugasan bagi subjek online journalism.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan